Sunday 9 June 2013

Dinner jom!!

Assalamualaikum, salam sejahtera...

korang dah dinner? haaa... dinner ni mmg x sesuai utk org diet. tapi, kalau dah dipelawa tu kalau tolak namanya tolak rzki, btul x? haha. jadi malam ni nisha lupakan En.Diet sbb dah mmg teringin nak makan ikan bakar. hehe.Jadi....ayah pun bagi cdgn pergi makan dekat Sekinchan Danga Bay JB.. apalagi kitorg semua cepat2 siap la bila ayah dah bagi arahan pkul bpa nak kna kluar almaklumlah hujung minggu kan msti jalan bnyk kereta.. org jalan2 kat sekitar Danga Bay tu..

Sekinchan ikan bakar ni terletak betul2 sebelah Tune Hotel dekat Danga Bay tu..

menu utama yang kitorg order adalah IKAN SIAKAP BAKAR.. dengan harga RM 43.00, nisha rasa sangat berbaloi sebab ikan tu besar btul.. huhu.. pastu kitorg order makanan sampingan :

-nasi 2 pinggan
-nasi goreng kampung
-kailan ikan masin
-jus tembikai laici, epal, orange
-barli panas
-tomyam campur

alhamdulilah, kenyang semua orang malam ni. smpai x larat nak bangun. hehe. THANKS AYAH !!

order jangan x order
nmpk dalam gambr mcm x bsr.. tapi real2 depan mata besar ikan ni. PUAS makan. hehe.
beratur air. pilih lah, mcm2 warna ada..

lps habis makan+borak2 , then... BALIK RUMAH LA...

haaa...ni antara gambar family nisha yang candid dan x bpa nak candid la :

my BELOVED PARENTS

ADIK 

IT'S ME!! ^__^

KAMI BERSAUDARA SATU AYAH SATU IBU
*Sayang kau lah adik!
:: makan-makan sempena minggu terakhir adik sebelum daftar politeknik 16/6/2013.. SELAMAT MAJU JAYA ADIK. akakmu ini sentiasa mendoakan yang terbaik utk kamu. ok, TOUCHING pulak. bye!

Friday 7 June 2013

Segment : Sebarkan Salam Eratkan Ukhwah By Ms.Jujue

Assalamualaikum, salam sejahtera..

        KEPADA RAKAN BLOGGER YANG LAIN                                                      
           JEMPUT JOIN SEKALI SEGMENT NI  ^___^


TQ  http://lambaiancintailahi91.blogspot.com for this invitation . SALAM UKHWAH :D

Thursday 6 June 2013

Islamic Shawl For Weeding..

Assalamualaikum, salam sejahtera...

anda tercari-cari busana pengantin yang menutup aurat dan sopan?? haa..meh nisha nak share sikit...

kdg2 nisha terpikir jugak, ' nanti time aku kawin aku nak pkai baju pengantin yang longgar2 la dan tudung tu aku nak lepas dada...x salah pun kalau aku nak demand mcm ni sbb utk jaga maruah bakal suami jugak.. huuuu..erhmm, tapi kan ada ke jual baju penagntin mcm tu? ' hahaha.. nmpk x jauhnya nisha pikir sampai ke situ..

so suatu hari nisha bukak la rancangan SAFIYYA dekat tv9.. mmg nisha suka rancangan ni sbb bnyk info berkaitan muslimah. korg tgk la kalau ada masa. :) sekali ada segmen kawin-kawin ni la. mmg terus jatuh cinta tgk busana pengantin yang ditunjukkan tu.. cuba korg tgk gmbr kat bawah ni.. nisha share dari collection baju kedai pengantin tu..






haaaa.. cantik kan kan kan????? NAK MCM NI <------- khas ditujukan buat bakal suami.. hehehehehe

kalau kepada sesiapa yang nak tempah busana ni,
nisha bagi LINK dia kat sini ye --->  Eja Shahril Collection



JAGALAH AURAT MU WAHAI BIDADARI SYURGA ^__^

SEBELUM AKU TERIMA NIKAHNYA..

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Sejak akhir-akhir ni kalau bukak FB je msti bnyk gmbr weeding.. haih, sabar jela hati ni tgk org kawin kan. mmg SAYA cemburu pun... i admit that ok! hehe... yela, hubungan haram dah jadi halal kan. :) BARAKALLAH kepada semua yang sudah masuk fasa rumah tangga.

actually, nisha nak share dgn korg satu LINK video youtube ni.. mmg best la. org kata kita kawin bukan utk sehari dua, tapi utk selama-lamnya smpai akhir hayat kan. terutama sekarang mmg trend kawin muda.. video ni bukan je utk org yang bakal kawin, tapi video ni jugak dapat bntu kita perbaiki diri kita dari masa ke semasa sebenrnya... korg tgk dulu video ni.. dan jom la kita sama-sama buat CHECKLIST sama mcm dalam video ni. hehehe.. renung-renungkan dan selamat beramal! ^___^

----->  TEKAN LINK NI : Sebelum Aku Terima Nikahnya


Wednesday 5 June 2013

what happen after teaching practical ???

Assalamualaikum, salam sejahtera...

mmg dah niat sebenrnya nak jalan2 lps latihan mengajar... ok, so buat lah plan.
first, mmg nak pergi rumah cik najiha ni.. yela saje tukar2 mood pergi merayap rumah org. mulanya ingt nak stay smpai isnin je then pergi rumah cik nurshamela pulak. tapi, mmg jadi plan lain la lps tu. ni smua gara-gara x de tiket nak pergi KLUANG rumah cik nurshamela kita. adoi. spoilt betul la masa tu..bincang punya bincang dgn cik najiha, last2 dia ajak nisha g PAHANG.. mmg kbtulan cik najiha nak g PAHANG. haaa, pahang tu tmpt kerja kakak cik najiha ni. ingt stay pahang je, rupanya mengorak langkah lebih panjang.. pergi SHAH ALAM pulak... apa lagi. layannnnn.. hehe..

model UMP yg tembam.. haiya. tha's why i don't like to smile..huhu
sekitar bangunan UMP

inilah cik NAJIHA.. haaa, cpt2 kita ambik gambr berdua =)

lps dah lebih kurang 6 hari jalan-jalan dgn cik najiha, nisha balik rumah semula. ok. duduk diam2 jangan nak jalan lagi ye. rantai kaki tu nanti. sekali dapat call yang cik nurshamela nak dtg rumah nisha. antara alasan utama dia dtg JB adalah " NAK HANTAR BUKU PERSEDIAAN LATIHAN MENGAJAR KAT PENSYARAH PEMBIMBING " tapi, x siap pun buku tu.. dia kata ' tula suka buat keje tangguh, kan x siap keje. skrg malas je rasa nak siapkan'.. haa, lbih kurg mcm tu la ayat dia. hahahahaha.. * sori mila terkutuk...

breakfast cik nurshamela.. pagi2 lagi dah makan aiskrim. ish2.. hehe
saje kan nak bermanja dgn nisha?? hehehe.. masa ni kat rumah nisha..



' kau ada dikala ku suka dikala ku duka setiap tangisan dan juga ketawa ' 

 c.c : cik najiha & cik nurshamela  ' sayang korg ketat-ketat !! ' =)

Kembali semula ke STAR Putra =)

Assalamualaikum, salam sejahtera..


STAR Putra atau nama panjangnya Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra yang terletak di Kulai Johor.. yaaa itulah tempat asal sekolah praktikal nisha sebelum ke Semarang. selepas sebulan tamat praktikal di Semarang nisha sambung LM kat sinilah sampai 24hb mei 2013... bnyk kenangan manis dekat sini. alhamdulilah dapat bimbingan yang baik daripada guru dan pensyarah pembimbing. budak2 sekolah ni mmg ramai cina. tahu jela kan bila dah pelbagai bangsa mesti kes disiplin pun pelbagai. nisha kira bertuah sebab semua kelas matematik yang nisha ajar dari kelas yang boleh dengar kata dan bijak. nisha jugak berpeluang mengajar PBS iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah memandangkan nisha ajar tingkatan 1 ( sesi petang )

baiklah, jom tengok gambar yang sempat nisha tangkap sepanjang LM kat sini =)

rakan semarang yang praktik di Star Putra
( oscar, ummi, rina, arif )

kenangan bersama cikgu ali ( utn ) , puan zaharah, en ooi serta kami yang praktikal disini

comel x kami? hehe

bersama pria-pria dari Semarang

ehem... ok, nama saya cikgu Anisha =)

gambar seterusnya ni adalah gambar masa majlis perpisahan kawan2 semarang nisha. dorg sekejap je kat sini lebih kurang 3 minggu.. =(



bersama GPK HEM yang sangat sporting , Pn. Zaharah

bersama barisan guru wanita Star Putra
ok, ini paling best.. sempat la nisha merasa hari guru masa tgh praktikal. antara gambar yang sempat curi2 tangkap. hehe...

depan toilet pun boleh.. hehe

dapat cupcake... yeay!!

cenderamata daripada pihak sekolah
sambutan hari guru sebelah petang adalah di hotel Puteri Pasific Johor.. haaaa.. jeles x?? mmg syok lah. syukur sempat merasa =)

tisu pun bolehhhh kalau dah nak sgt ambik gmbr,, hehe

ni je makanan yang sempat nisha ambik. syok sgt makan smpai lupa nak ambik gambr. 

siap dapat cenderamata lagi ...
antara hadiah pemberian pelajar nisha masa Hari Guru :

first time dapat bunga. ohhh so sweet.  thanks ADAM

' CIKGU NI JE YANG MAMPU SAYA BAGI' alahai... sedih je dgr, it's ok. cute apa.. hee

wah!!!! bear rupanya.. hehe

apa agaknya ye kat dalam tu??
sebelum cuti sekolah, pelajar ni ada ujian 1.. nilah antara paper math yang nisha tanda..


hambik... sesuai utk cikgu rabun dekat..
last but not least, pljr sesi ptg jugak dirai utk perpisahan kami.. sempat tangkap gmbr dgn guru pembimbing je... jadiklah ek, asalkan ada kenangan..thanks warga Star Putra =)

guru pembimbing , PN ZAINAB AMIN.. ttbe nisha rasa  gambar nisha gemuk semacam masa ni

oh, pelajarku...
BYE-BYE

Setiap pertemuan msti ada perpisahan... sgt happy dapat LM dkt sini. ..semoga dapat dipostingkan disini. AMIN YA ALLAH =)

Tuesday 4 June 2013

Latihan Praktik Mengajar Semarang Indonesia Part 2

Assalamualaikum, salam sejahtera

huh.. lega rasanya.... knpa nisha kata gitu? sebab akhirnya nisha dah habis praktikal.. x sabar nak masuk final year.. yeay! sememangnya itulah tahun yang ditunggu2 oleh mahasiswa sebenrnya.. ok, x nak bebel mcm mak cik jonah dah meh2 nisha nak share gmbr sebenrnya dgn korg ni. gmbr apa? haaa ni kira part terakhir la moment istimewa sepanjang nisha buat latihan praktik kat semarang. rasanya dah lmbt sgt dah utk update semula part 2 ni sbb sgt buzy masa praktikal kan.. so sori ok.. =(

masa dekat Semarang, nisha ditugaskan utk mengajar kelas 11 umur anaknya lebih kurang 16 tahun. ajar matematik. matematik bukan sebarang matematik tau... advance matematik ok. huh! nervous kot. dah mcm ajar budak u.. maybe korg msti pikir budak 16 tahun bole ke bljr advance math? jangan pandang dorg x de mata ye, nisha sendri malu dgn dorg. kira differentiate dgn integrate x pkai CALCULATOR ok... huh. genius mmg genius. ibuk bangga sama kalian sih! hehe.. ok la jom tgk gmbr dibwh...

kesungguhan cikgu nisha mengajar nampk disitu.. huh!
fokus semuanya ya...
round table..
cantik x kelas dorang??
lumba-lumba nak buat kat depan...
gambar seterusnya ni paling best sebab haaa semua gambar candid dan formal nisha dgn anak-anak..











anak yang paling nisha sayang, NASTITI :)

 OK... utk penutup nisha nak tunjuk korang gambar kelas anak2 yang jadi pembantu nisha masa observasi dgn pihak IKIP dan UTM.. takut sangat masa ni...

khas utk cikgu anisha katanya.. nama2 anak 12 IPA 5.. kreatif kan?
guru pamong@ pembimbing nisha IBUK LINA RIYANTI





itu sahaja.... sesungguhnya inilah pengalaman paling berharga sewaktu bergelar guru praktikal. terima kasih kepada anak-anak KELAS 11 dan 12.. cikgu sayang kalian ^___^