Wednesday, 5 June 2013

Kembali semula ke STAR Putra =)

Assalamualaikum, salam sejahtera..


STAR Putra atau nama panjangnya Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra yang terletak di Kulai Johor.. yaaa itulah tempat asal sekolah praktikal nisha sebelum ke Semarang. selepas sebulan tamat praktikal di Semarang nisha sambung LM kat sinilah sampai 24hb mei 2013... bnyk kenangan manis dekat sini. alhamdulilah dapat bimbingan yang baik daripada guru dan pensyarah pembimbing. budak2 sekolah ni mmg ramai cina. tahu jela kan bila dah pelbagai bangsa mesti kes disiplin pun pelbagai. nisha kira bertuah sebab semua kelas matematik yang nisha ajar dari kelas yang boleh dengar kata dan bijak. nisha jugak berpeluang mengajar PBS iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah memandangkan nisha ajar tingkatan 1 ( sesi petang )

baiklah, jom tengok gambar yang sempat nisha tangkap sepanjang LM kat sini =)

rakan semarang yang praktik di Star Putra
( oscar, ummi, rina, arif )

kenangan bersama cikgu ali ( utn ) , puan zaharah, en ooi serta kami yang praktikal disini

comel x kami? hehe

bersama pria-pria dari Semarang

ehem... ok, nama saya cikgu Anisha =)

gambar seterusnya ni adalah gambar masa majlis perpisahan kawan2 semarang nisha. dorg sekejap je kat sini lebih kurang 3 minggu.. =(



bersama GPK HEM yang sangat sporting , Pn. Zaharah

bersama barisan guru wanita Star Putra
ok, ini paling best.. sempat la nisha merasa hari guru masa tgh praktikal. antara gambar yang sempat curi2 tangkap. hehe...

depan toilet pun boleh.. hehe

dapat cupcake... yeay!!

cenderamata daripada pihak sekolah
sambutan hari guru sebelah petang adalah di hotel Puteri Pasific Johor.. haaaa.. jeles x?? mmg syok lah. syukur sempat merasa =)

tisu pun bolehhhh kalau dah nak sgt ambik gmbr,, hehe

ni je makanan yang sempat nisha ambik. syok sgt makan smpai lupa nak ambik gambr. 

siap dapat cenderamata lagi ...
antara hadiah pemberian pelajar nisha masa Hari Guru :

first time dapat bunga. ohhh so sweet.  thanks ADAM

' CIKGU NI JE YANG MAMPU SAYA BAGI' alahai... sedih je dgr, it's ok. cute apa.. hee

wah!!!! bear rupanya.. hehe

apa agaknya ye kat dalam tu??
sebelum cuti sekolah, pelajar ni ada ujian 1.. nilah antara paper math yang nisha tanda..


hambik... sesuai utk cikgu rabun dekat..
last but not least, pljr sesi ptg jugak dirai utk perpisahan kami.. sempat tangkap gmbr dgn guru pembimbing je... jadiklah ek, asalkan ada kenangan..thanks warga Star Putra =)

guru pembimbing , PN ZAINAB AMIN.. ttbe nisha rasa  gambar nisha gemuk semacam masa ni

oh, pelajarku...
BYE-BYE

Setiap pertemuan msti ada perpisahan... sgt happy dapat LM dkt sini. ..semoga dapat dipostingkan disini. AMIN YA ALLAH =)

Tuesday, 4 June 2013

Latihan Praktik Mengajar Semarang Indonesia Part 2

Assalamualaikum, salam sejahtera

huh.. lega rasanya.... knpa nisha kata gitu? sebab akhirnya nisha dah habis praktikal.. x sabar nak masuk final year.. yeay! sememangnya itulah tahun yang ditunggu2 oleh mahasiswa sebenrnya.. ok, x nak bebel mcm mak cik jonah dah meh2 nisha nak share gmbr sebenrnya dgn korg ni. gmbr apa? haaa ni kira part terakhir la moment istimewa sepanjang nisha buat latihan praktik kat semarang. rasanya dah lmbt sgt dah utk update semula part 2 ni sbb sgt buzy masa praktikal kan.. so sori ok.. =(

masa dekat Semarang, nisha ditugaskan utk mengajar kelas 11 umur anaknya lebih kurang 16 tahun. ajar matematik. matematik bukan sebarang matematik tau... advance matematik ok. huh! nervous kot. dah mcm ajar budak u.. maybe korg msti pikir budak 16 tahun bole ke bljr advance math? jangan pandang dorg x de mata ye, nisha sendri malu dgn dorg. kira differentiate dgn integrate x pkai CALCULATOR ok... huh. genius mmg genius. ibuk bangga sama kalian sih! hehe.. ok la jom tgk gmbr dibwh...

kesungguhan cikgu nisha mengajar nampk disitu.. huh!
fokus semuanya ya...
round table..
cantik x kelas dorang??
lumba-lumba nak buat kat depan...
gambar seterusnya ni paling best sebab haaa semua gambar candid dan formal nisha dgn anak-anak..











anak yang paling nisha sayang, NASTITI :)

 OK... utk penutup nisha nak tunjuk korang gambar kelas anak2 yang jadi pembantu nisha masa observasi dgn pihak IKIP dan UTM.. takut sangat masa ni...

khas utk cikgu anisha katanya.. nama2 anak 12 IPA 5.. kreatif kan?
guru pamong@ pembimbing nisha IBUK LINA RIYANTI





itu sahaja.... sesungguhnya inilah pengalaman paling berharga sewaktu bergelar guru praktikal. terima kasih kepada anak-anak KELAS 11 dan 12.. cikgu sayang kalian ^___^

Saturday, 6 April 2013

Latihan Praktik Mengajar Semarang Indonesia PART 1

Assalamualaikum, salam sejahtera

IBUK GURU atau lebih muda panggilannya CIKGU la... haaa.. knpa nisha kata mcm ni? sbb dekat indonesia cikgu dipanggil ibuk utk pmpuan kalau cikgu lelaki panggil bapak la of course. so officially bila dah smpai sana mmg title Ibuk Anisha la yg nisha dapat..haha. tua pulak tiba2 rasa. tapi, nisha mmg suruh siswa disana atau dikenali sebagai pelajar kat sini panggil nisha CIKGU. ala, bukan dorg x biasa. dorg suka sgt dok tgk crta UPIN IPIN kat sana. so, bila nisha smpai sekolah dorg sndri excited nak panggil CIKGU. ok. :) haha. by the way, korg nak tau x apa paling hot dekat sana. haaa first sekali UPIN IPIN.. second SAFEE SALI..third SITI NURHALIZA.. itulah antara fenomena malaysia yg terkenal kat sana. haha.. layankan jela dorg. ada yg siap tnya lagi ' cikgu, rumah upin ipin dimana ya? ' ..erkk... ttbe terpikir, ada ke rumh dorg wujud real2?? haaa lagi stu disebabkan nama nisha ada SITI sooooo dorg pikir nisha adik SITI NURHALIZA.. hahaa, pun bolehhhhhh... layannnnnn :D

ok, bnyk pulak cerita ye. berbalik semula perjalanan nisha ke sana, kitorg bertolak dari utm kira2 hari sabtu malam 23hb feb pukul 11 setengah mlm. mmg excited masing2 dengan bagasi yang gedabak2 belaka. almaklumlah nak pergi sebulan kan. tapi, nisha punya bagasi lah yg pling ringn antara mereka. dengan muatan 12 kg sahaja. haaaa... mmg x lebih muatan la. sbb katanya masa tu x bole lebih 15 kg. siap2 timbg dari rumh biar senang smpai LCCT nanti.. haih, last2 balik bnyk jugak siap tmbh beg lagi utk souvenoir la pulak. huhu. around pkul 3 pagi nisha smpai LCCT. flight pkul 7.30 pagi. so kna check in cepat la. kitorg terpisah yg semarang pkul 7.30 pagi yg yogjakarta pkul 11 pagi. tapi ok la sbb best naik flight pagi2 ni. x dela panas kat ats awan nanti :)

dah sampai LCCT seawal jam 3 pagi.

wajah ngantuk + sedih nak tinggalkan malaysia 

jiha yang excited

ok, lebih kurang tmbh pkul 10 setengah wktu semarang kami tiba di Lapangan Terbang Ahmad Yani. pling best dah ada org tggu kat sna. thanks to Pak didik sebab mnymbut ktbaan kitorg. then kitorg dibwa ke Wisma IKIP PGRI yg x jauh dari airport semarang. pekerja2 kat situ yg angkat bagasi kitorg sbb kitorg x dbnrkan turun utk agkat bagasi. haih.. mmg mcm anak raja dah rasa. hehehe. lps tu Pak Didik bawak kitorg g pusing2 semarang. bnyk jugak la tmpt yg kami pergi. cuba korg tgk gmbr kat bwh ni...tula tmpt kitorg g

pegi makan soto dulu di Kedai Pak Man

inilah sotonya. rasanya ok la. boleh telan.

ini air teh kat sana. serius sangat WANGI!! mmg nisha x boleh telan. huhu

next, kami ke SAM POO KONG. tokong cina kat sana

singgah solat zohor di Masjid Jawa Tengah

dekat masjid tengah ada menara tinggi dimana kat sini kitorg boleh tgk pemandangan semarang. BEST~

inilah pemandangan Semarang dari menara tinggi masjid

dah puas jalan, lapar la pulak. kitorg g makan dekat JOWO NDELES.
nisha makan nasi + tempe mendoun + es jeruk + lelapan dan sambal. harganya x tahu. sbb  Pak  Didik belanja. hehe

lps dah puas jalan2, around pkul 7 malam kitorg balik semula ke IKIP PGRI. tu tmpt pginapan kitorg. msti korg nak tau kan bilik apa yg kitorg dapat... haaaaaa.. nilah bilik kitorg

ala2 hotel gitu. dah rasa mcm honeymoon suite dah. hehe. kitorg dapat sorg satu bilik. mmg syok lah! 

ini toilet dalam bilik. x de flush pun. tapi ok je.. :)
mmg special tmpt pginapan kitorg kat sana. siap ada wifi lagi tapi sgt slow la smpai x boleh nak bukak blog. tu yg x terupdate kat sana.

malam tu kitorg dijemput ke Kampus 1 IKIP PGRI sbb ada ptunjukan wayang kulit dan pengumuman pertukaran nama IKIP PGRI menjadi UNIVERSITAS.. nisha x ambik bnyk gmbr pun sbb sbnrnya malam tu nisha dah start kna magrain dah. ni naik flight punya pasal la... pning betol. haha

muka kepenatan. with AQILAH. kwn baru nisha :)

nilah pentas persembahan malam tu..antara wayang kulit yang dimainkan

setakat tu je utk part 1.. tggu smbungan part 2 ok : )

Friday, 5 April 2013

bye-bye NURSHAMELA SAIM...

Assalamualaikum, salam sejahtera

Rasanya dah lama x update blog ni. bukan apa, mmg sibuk diri ni. biasalah bila dah masuk tahun 3, nisha dah mula praktikal. untk entry kali ni nisha mmg nak share apa yang berlaku sepanjang nisha praktikal.

alhamdulilah, setelah ditapis oleh pihak pengurusan latihan mengajar UTM, pada tarikh 24 Februari 2013 nisha berangkat ke Semarang Indonesia. haaaa, msti korg nak tau pglmn nisha PPL kat sana kan? PPL tu mcm latihan praktikal mengajar tapi dalam sebutan indonnya PPL.

mulanya mcm ragu2 jugak nak pergi ke x. yela, nak ajar pelajar indon kan risikonya bnyk. pling nisha pikir, faham ke dorg dgn bahasa nisha? huh..... tapi, kalau dipikirkan ragu2 tu mmg x ke indon la jawabnya. bila peluang dah ada depan mata, jangan sesekali dilpskan sbb mungkin ada hikmahnya nisha berpeluang kesana. haha..itulah ayat penyedap hati. akhirnya!! nisha pergi jugak. sedih kot nak tinggalkan malaysia.

sebelum pergi tu, sempat lagi buat perjumpaan perpisahan la katanya dengan mila. yela, biasanya kitorg bertiga tapi dia x dapat pergi pulak. mmg sedih. :( tapi, nak buat mcm mana. takdir tu utk kami. x smstinya kami harus bersama selalu kan. so, kami terpksa say BYE-BYE NURSHAMELA SAIM. sob.sob.sob. jauh mcm mana pun, kitorg x lupakan mila. berkorban pulsa a.k.a topup utk telefon mila yang hari2 duk rindukan kitorg. hehehehe...


K.A.M.I :)
walaupun jumpa kejap, tapi sgt bermkna bagi nisha n jiha sebelum berangkat ke semarang. thnks mila!